Dengan pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia.Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan,termasuk diabetes (kencing manis) penyakit jantung,angin amar dan tekanan darah tinggi.
Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser,batu karang,penyakit gout,osteoartritis,kemandulan dan lain-lain penyakit.Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik. Pendek kata,keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.
Nikmati banyak buah2an, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai masa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak,ikan,tenusu rendah lemak dan lain-lain protein.Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini.Jadi,rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda makan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.
No comments:
Post a Comment