Pepagi nie terlebih rajin lak pulak buat nasi beriani daging ngan kari daging...nie kesukaan Arish,kalau dia tau jer masak nasi beriani nie bertambah2 dia makan,berselera dia nampaknya...kebetulan minggu nie Arish ada exam dan hubby cuti seminggu...katanya nak temankan anak ulangkaji exam...ok meh tengok resepi kat sini....
Bahan-bahannya :
5 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan daging
500 grm daging lembu batang pinang
1 1/2 cawan susu cair
5 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato
1 peket serbuk rempah briyani
2 helai daun pandan-disimpul
Bahan tumis :
5 biji bawang merah - saiz besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah pelaga
1 batang kayu manis-saiz sederhana
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
Bahan bertanda * dikisar sampai halus . Jika air rebusan daging tak cukup 5 cawan boleh la ditambah dengan air biasa.
Cara-caranya :
Kupas semua bawang dan halia serta dikisar halus...basuh beras, tos dan ketepikan dulu...kemudian semua tomato dipotong kecil-kecil.
Potong daging menjadi ketulan dan rebus...biarkan daging direbus hingga empuk...bila dah empuk toskan daging dan simpan air rebusan daging untuk kegunaan kemudian.
Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan2...panaskan minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu...masukkan pula rempah briyani yang dicampur sedikit air dan kacau semua bahan kemudian biarkan rempah masak sehingga pecah minyak .
Masukkan semua daging dalam rempah briyani yang sudah masak tadi serta kacau sebentar...masukkan semua air rebusan daging (jika air rebusan daging ni tak cukup 5 cawan boleh la ditambah dengan air biasa)
Masukkan susu cair serta biarkan sampai hampir mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, daun pandan, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan2...terus angkat periuk nasi ini dan masukkan kedalam badan periuk nasi eletrik untuk proses masak seterusnya, macam kita masak nasi biasa guna periuk nasi eletrik serta kacau semua bahan-bahan bagi cukup mesra.
Bila nasi dah masak boleh la digaul perlahan-lahan nasi bagi sekata dan jangan ditutup suis periuk...biarkan dalam 15 minit supaya nasi terus masak...kacau lagi nasi briyani ni bagi rata dan boleh la ditutup suis periuk nasi ini .
Bahan-bahannya :
500gm daging ~ dipotong
2 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1inci halia -dikisar
1 cawan rempah kari Babas
2 biji ubi kentang ~ dipotong
500ml santan kotak
3 cawan air
1 asam keping
garam dan ajinomoto secukupnya
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin,kayu manis,bunga
lawang dan buah pelaga hingga garing
2. Masukkan bahan2 kisar kacau hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun
kari...tumis hingga pecah minyak
4. Kemudian masukkan daging dan masak lebih kurang 10 minit.
5. Masukkan ubi kentang dan air kacau biar rata
6. Masak hingga daging hampir empuk kemudian masukkan santan
dan masak hingga kuah mendidih
7. Bila kuah mendidih, masukkan garam,ajinomoto dan asam
keping
8. Masak hingga kuah pekat
9. Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.

hari ni puasa baru nak cari nasi beriani kat kedai tetiba liza post resepi nasi beriani..tapi rasanya nak buat tu tak sempat..apa pun menu ni pencetus selera nak berbuka arini.
ReplyDelete