nuffnang

Tuesday 8 May 2012

Mengenali kanak-kanak disleksia...

Apa itu Disleksia?


Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:

* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun
   matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-

   mata-tangan.

Ciri-ciri penghidap Disleksia

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-
    kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu

    perkataan.4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu
    contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan
    sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut
    perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak

    yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu
    yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami
    kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca.
Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v


Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba
Gula – lagu


Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:

Jam – jem
cat – cat


Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Bercakap dan mendengar

Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8

9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai
  membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan

  kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan,

  belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia

Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.

1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau
    psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia

    mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa
    bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya

    kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi
    mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum

    memasuki tadika.7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin
    dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam

    bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya
     bagus, pandai.  

1 comment:

  1. salam leiyza, i ija, u ada pengalaman anak desleksia or anak@ kawan u, boleh share.

    ReplyDelete