nuffnang

Monday, 30 April 2012

Kurma ayam & sambal jering...


Rasanya dah tak tau nak masak apa!!!hari2 fikir apa menu hari nie...tapi tetiba terfikir pulak nak masak kurma ayam...nie kalau dapat makan dengan nasi beriani pastu ada pulak dalca memang sedap...tapi itulah tak berapa rajin pulak nak buat nasi beriani...sudahnya makan dengan nasi putih ajelah...

Jom kita tengak bahan dan cara nak buatnya...

Bahan-bahannya :

½ ekor ayam
1½ cawan rempah kurma adabi
2 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih
(dikisar)
2 inci halia (dikisar)
1 kayu manis*
2 bunga lawang*
2 biji pelaga*
500ml santan kotak
3 biji kentang (potong 4)
3 biji cili merah (belah dan buang biji)
Garam dan ajinomoto
Air secukupnya
Minyak masak

Cara-caranya :

1. Ayam dikerat 6 atau ikut suka. Cuci dan toskan.
2. Panaskan periuk dan masukkan minyak...apabila dah panas, 
    masukkan bahan2 bertanda *. tumis hingga wangi...kemudian 
    masukkan bahan2 yang telah dikisar...goreng hingga naik bau
3. Kemudian masukkan rempah kurma kering, kacau kira2 dua 
    minit dan masukkan ½ cawan air...apabila sudah naik minyak, 
    masukkan ayam dan kacau
4. Kemudian masukkan kentang...bubuh kira2 secawan air atau 
    lebih kalau suka banyak kuah...guna api sederhana sehingga 
    kentang empuk
5. Kemudian masukkan santan...kacau hingga rata...bubuh garam 
    dan ajinomoto..
6. Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan masukkan cili 
    merah yang telah dibelah dua...sekiranya sudah cukup rasa, 
    padamkan api...boleh dihias dengan bawang  goreng dan daun 
    ketumbar, kalau suka.
 

Ada sapa2 yang makan jering??rasanya ramai yg suka makan petai dari jeringkan...tapi kena terima hakikat lah yang petai lebih menusuk kalbu dengan baunya berbanding dengan jering nie...macam biasalah makan jering nie semuanya suami yang ajar sebab sebelum kenal dengan dia memang x pernah makan jering...orang kata jering nie bagus utk sakit kencing manis...tak tau ler batul ke tidak...kalau masak jering nie saya lebih suka guna jering yg muda dan masak sambal guna ciliapi...walaaaa tak henggat!!!

Bahan-bahannya:-

Jering muda (ikut suka nak banyak mana)
Ciliapi (dikisar - ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
kiub pati ikan bilis
Garam,ajinomoto dan gula secukup rasa
minyak utuk menumis

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng jering sehingga masak 
    dan garing sedikit dengan api yang sederhana...angkat dan  
    ketepikan. 
2. Dengan minyak yang sama tumis bawang merah dan bawang 
    putih yang telah dimesin hingga terbit minyak
3. Masukkan ciliapi yang telah dikisar dan kacau hingga garing.
4. Masukkan jering dan kacau rata.
5. Masukkan garam,ajinomoto,kiub ikan bilis dan gula...masak
    diatas api yang sederhana hingga jering betul2 empuk
6. Kacau hingga pekat dan angkat.
 
                               SELAMAT MENCUBA!!!!


Sunday, 29 April 2012

Sup ekor dan kulit bersama sayur campur....

Assalammualaikum....selamat bersiaran ahad..ok hari nie kita belajar masak sup ekor dan kulit...hahh!!!kulit??yea kulit lembu la takkan kulit buaya kot...hihiihi...serius sebenarnya saya pun tak pernah masak dan makan kulit lembu nie tapi husband yg ajar...beria2 dia beli suruh buat sup campur ngan ekor...hmmmm nak tak nak buat ler jugak tapi bila dah buat sup tu rasa kulit tu macam kenyal2 dan sedap...anak2 pun suka...nampaknya bole la buat lagi len kali...


Bahan-bahannya :

1 kg ekor lembu
1 kg kulit lembu (direbus dahulu supaya lembut dan hiris ikut suka )
2 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih
(dihiris)
2 in halia diketuk
1 pkt rempah sup bunjut
3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk

garam dan ajinomoto secukup rasa
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup (utk hiasan)

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara :

Bersihkan ekor dan kulit masukkan kedalam periuk bersama air...sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras ekor dan kulit...masaklah sehingga daging dan kulit 1/2 empuk...jangan guna api terlalu kuat sebaiknya gunakan api yg sederhana shj...

Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris...kemudian masukkan rempah sup serbuk dan goreng menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan ekor dan kulit tadi(termasuk minyak).

Masukkan rempah sup bunjut dan halia...bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi...masukkan juga serbuk lada hitam,garam dan ajinomoto

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup jika suka




Sayur campur nie... campur saja semua sayur yang ada...bukan sahaja warna warni tapi sedap...lagipun sayur banyak mengandungi vitamin dan juga banyak khasiatnya...

Bahan-bahannya :
 
Brocolli
Kobis
Carrot merah
Cendawan inoki
1 biji bawang besar (dihirs)
2 ulas bawang putih (dihirs)
serbuk lada putih/sulah
kiub ayam
tepung jagung (1 sudu kecik campur dengan 1 sudu besar air)
Garam dan ajinomoto
 
Cara-caranya :

1. Panaskan minyak tumis bahan hiris hingga naik bau
2. Masukkan sayur2 yg keras dulu misalnya carrot dan brocoli..dah 
    agak layu masukkan kobis dan cendawan inoki...kacau rata tapi 
    jangan terlalu lembik
3. Masukkan kiub ayam.garam,ajinomoto dan lada sulah/white 
    pepper...goreng pantas2...sebelum padamkan api, curahkan 
    tepung jagung...ini untuk pekatkan sedikit kuahnya...

                Selamat mencuba!!!

Wednesday, 25 April 2012

Ikan pari goreng berempah dan sup cendawan tiram....

Pagi2dah semerbak satu rumah malah satu blok nie dengan bau ikan pari goreng berempah hehehe...sampaikan bila ada jer orang yang lalu lalang kat kaki lima dapur nie mesti potpetpotpet sesama sendiri...tu la dia penangan ikan pari berempah nie!!!nak buat dia pun senang dan mudah...kalau makan ngan nasi panas2...perghhh!! memang terangkat...tambah2 kalau ada sambal belacan...wallaaaaa...tamoh cakap banyak dah...jomm layannnnn....


Bahan-bahan :

1/2 kilo ikan pari
2 tangkai daun kari (tak letak pun takpe ikut suka)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu besar cili kering kisar
garam dan ajinomoto

Bahan-bahan kisar :

3 batang serai
2 biji bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Cara-caranya :

1. Gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam 
    atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
2. Sediakan minyak secukupnya untuk goreng...apabila sudah cukup
    panas, gorenglah ikan hingga masak keemasan.
3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan 
    nasi



Sup cendawan tiram buat hidangan tengahari...masakkan nie simple jer tapi penuh khasiat dan tinggi seratnya...anak2 pun suka...

Bahan-bahan : 

1paket cendawan tiram (paket yang kecil)
1 paket bebola ikan (basuh dan dipotong 2)
1 biji karot ( di potong memanjang )
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
Air secukupnya
garam dan ajinomoto
Sedikit lada sulah
minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak...tumis bahan hiris hingga wangi dan garing
2. Masukkan kiub ayam dan sos tiram...kacau rata dan masukkan
    air ikut sukatan...sama ada nak kuah banyak atau sedang2 aje
3. Bila mendidih, masukkan lada sulah dan kacau
4. Masukkan fish ball dan karot...kemudian masukkan cendawan 
    yang telah disiat2 kasar
5. Masukkan garam dan ajinomoto dan biarkan mereneh sekejap...
    angkat dan hidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang 
    dan bawang goreng (jika suka)

Tuesday, 24 April 2012

Ayam masak lemak ciliapi dan taugeh goreng.....

Okey!!!hari nie nak masak ayam masak lemak ciliapi...asik masak sotong,udang jer...jemu pulak...sebenarnya dah lama x beli ayam...ikan pun dah tak banyak dipasaran...lagi2 musim hujan sekarang nie...kalau ada pun dah tak segar...maklumlah ikan beku...masak lemak ciliapi nie senang dan mudah jer...yang penting sedap hingga menjilat jari!!!




Bahan-bahannya :

Ayam - dipotong dan dibersihkan
3 biji kentang (potong 4)
Cili Api (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih
(dikisar)
Halia (dikisar)
Serai (diketuk)
500 ml santan pekat (macam biasa guna santan kotak jer )
Serbuk kunyit
Garam dan ajinomoto
Sedikit minyak untuk menumis
Air masak secukupnya

Cara-caranya :

1. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga garing dan naik bau
2. Masukkan serbuk kunyit dan kacau lagi
3. Masukkan ayam,santan dan air...masak dengan api 
    sederhana hingga ayam kenyal
4. Masukkan kentang,garam dan ajinomoto...k
acau dan rasakan 
    kuahnya
4. Biarkan mereneh seketika (jangan terlalu lama, nanti pecah 
    santan)
5. Tutup api dan hidangkan ...

Masak sayur taugeh jer letak tauhu goreng ngan kucai senang...pastikan goreng taugeh nie jangan terlalu layu...goreng sekejap dan angkat...So , sayur ni masih fresh dan ranggup bila dimakan...

Bahan-bahannya :

200 gm taugeh
1 ikat kuchai (dipotong)
2 biji tauhu (goreng dan potong 4)
5 biji ciliapi  (dihiris)
1 biji bawangbesar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-caranya :

1. Bersihkan taugeh dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis bawang dan  ciliapi...
    kacau biar sampai naik bau
3. Masukkan taugeh,kucai dan tauhu...kacau rata
4. Masukkan garam dan ajinomoto...kacau sekejap...tutup api 
    angkat  dan hidangkan

Apa Itu Meningitis....

Meningitis merupakan satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya masih ramai ibu bapa di Malaysia mengabaikannya. Sedikit info mengenai meningitis...



Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing

Oleh itu, hanya apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak.

Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B)

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
 
Demam
Kurang selesa.
Enggan minum.
Sakit kepala.
Menangis berterusan.
Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")
 

Tanda akhir serangan Meningitis:

Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedar.
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.

Terdapat individu yang mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria (carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada individu lain.

Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria Neisseria meningitides, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).

Bakteria Neisseria meningitides terbahagi kepada beberapa jenis atau serotype. Serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype A, B, C, Y dan W135. Di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype B dan C. Di Asia, ialah serotype A dan C manakala serotype W135 ialah jenis yang sering ditemui di kalangan jemaah haji. Serotype Y pula dikatakan semakin meningkat di Amerika Syarikat.

CARA JANGKITAN
 
Bakteria Neisseria meningitides boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafaan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan resusitasi mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).

MEREKA YANG BERISIKO
 
- Jangkitan mudah merebak di kalangan:
- Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
- Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.

GEJALA 
 
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Tanda penyakit ialah:
- Demam dengan suhu yang tinggi
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Kekejangan pada leher
- Kekeliruan
- Mengantuk
- Ruam/bintat merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Gejala ini membezakan meningococcal meningitis dari meningitis yang lain. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini.


DIAGNOSA
 
Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
- ujian mikroskopik
- ujian biokimia
- ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture (lihat gambar 3).

Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
- ujian darah
- CT-scan.


RAWATAN
 
Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.

PENCEGAHAN
 
Terdapat dua cara mencegah meningococcal meningitis:
1 Kemoprofilaksis. Rawatan ini khas untuk mereka yang rapat dengan pesakit. Ia bertujuan menghalang jangkitan terutama kepada mereka yang berisiko.
Individu ini diberi antibiotik RIFAMPICIN (10mg/kg atau dos maksimum 600mg untuk ditelan sebanyak dua kali sehari selama dua hari atau CIPROFLOXACIN 500 mg satu dos atau OFLOXACIN 400mg untuk satu dos.
2. Imunisasi. Imunisasi merupakan kaedah pencegahan jangka panjang. Kesan diperolehi selepas dua minggu imunisasi diambil. Ia biasanya diberi kepada bakal-bakal haji. Terdapat tiga jenis vaksin iaitu:
- Vaksin quadivalent: untuk serotype A, C, Y dan W135.
- Vaksin bivalent untuk serotype A dan C
- Vaksin conjugate untuk serotype C.
Para jemaah haji diberi vaksin quadrivalent.
Sehingga kini belum ada vaksin yang dihasilkan bagi serotype B.

KOMPLIKASI
 
- Kecacatan otak
- Hilang pendengaran
- Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati.

- Kematian.

Monday, 23 April 2012

Serai penawar sakit kanser....


Baru2 nie ada terbaca 1 artikel yang mengatakan " SERAI SEBAGAI PENAWAR SAKIT KANSER "...penemuan ini ditemui oleh seorang peladang dari israel...sejauh mana keberkesanannya hanya Allah.S.W.T yang maha mengetahui...

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Sotong goreng kunyit dan kobis goreng....


ASSALAMMUALAIKUM...

Dalam peti ais nie ada sotong...hmm tak tau nak masak apa dengan sotong nie...jengok2 lagi ternampak daun kunyit...ting!!idea dah datang...apa kata masak  sotong guna daun kunyit...pastu letak cili padi dan kicap sikit...pada yang x suka pedas tu boleh kurangkan ciliapi atau tak payah letak lansung...ikut selera masing2...


Bahan-bahannya :

500gm sotong (bersihkan dan dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 helai daun kunyit (dihiris)
1 sudu kecil kunyit serbuk
6 biji ciliapi (dihiris)
Garam dan perasa msg
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya : 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih...
    goreng hingga kekuningan
2. Masukkan daun kunyit dan ciliapi...goreng hingga naik bau
3. Masukkan sotong,garam,serbuk kunyit dan perasa msg...kacau 
    rata
4. Kacau hingga sotong masak (kalau terlalu kering boleh lah 
    dimasukkan sedikit kicap)
5. Kacau rata dan bolehlah diangkat...(masak sotong sekejap saja 
    kerana sotong akan menjadi keras jika dimasak lama) 
 
    
Bahan-bahannya :
 
500 gm kobis
1 biji bawang besar (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
5 biji ciliapi (dihiris)
1 paket fishball (dibasuh dan potong 2)
garam dan perasa msg
minyak

Cara-caranya :
 
1. Sayur dipotong,basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,bawang putih dan
    ciliapi sehingga naik bau
3. Masukkan fishball dan kobis...kacau rata.
4. Rasakan garam dan perasa msg
5. Angkat dan hidangkan.

Sunday, 22 April 2012

Roti tortilla dan kari daging...


helo!!!hahhh buat apa tu??hehehe sibuk jer kan, mestilah tengah  dok bersantai ngan familikan...alahai!! sibuk sangat hari nie sampai x sempat nak melayari internet..dah malam macam nie barulah dapat melunjurkan kaki smbil on9 dan update blog...hari nie masak yang simple2 jer...masak kari daging dimakan bersama roti tortilla gandum...roti tortilla???apakebenda tu!!!hahhh pada sesiapa yang tak tau macamana bentuk dan rupa tortilla tu...jeng!jeng!jeng!taraaaa nie la dia rupanya...


Kari daging nie dah lama x buat...tu yang buat tu sebab nak makan ngan tortilla nie la...

 
BAHAN-BAHAN :

500 gm daging batang pinang
5 biji ubi kentang (potong 4)
500 ml santan pekat (guna santan kotak jer senang)
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia(dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam dan perasa msg secukup rasa

Kalau taknak pedas x payah letak cili kisar


Cara-caranya :

1. Daging dibersihkan dan dipotong kecil2...
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar tadi...masukkan 
    sekali kulit kayu manis,cengkih dan bunga lawang kacau sampai 
    naik bau 
3. Masukkan rempah kari dan cili kisar dan kacau serta biar kan 
    sampai rempah terbit minyak dan wangi
4. Masukkan santan dan daging...kacau dan biarkan kuah mendidih
    baru la dimasukkan ubi kentang,garam dan perasa msg
5. bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api 
    dan hidangkan...mudah sajakan....

 

Saturday, 21 April 2012

Kuih apam warna warni...




kuih apam nie buat malam tadi tapi x sempat nak post hehehe...mood rajin datang tu yg tetiba rasa nak buat...sebenarnya memasak nie nak kena ikut mood juga...kalau mood tade apa pun x jadi kan..kannn!!!

Oklah, Jom semak resepinya...nak tau sedap ke tak sedap apam ni, sila2lah cuba sendiri resepinya yer...terima kasih sudi singgah....



Bahan-bahannya :

3 Cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
1 cawan aiskrim soda
1 sudu besar ovallate
3 biji telur
esen vanilla

Cara-caranya :

1. Pukul telur dan gula castor hingga gebu
2. Masukkan ovallate dan pukul lagi
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul hingga
    rata
4. Masukkan aiskrim soda dan esen vanilla 
5. Asingkan pada 3 bahagian...setiap 1 bahagian 1 warna (ikut suka 
    nak letak warna apa)
6. Susun bekas mangkuk lompang kecil2 dalam mangkuk pengukus 
7. Letakkan paper cup...tuangkan warna original dulu yg putih 
    dalam  setiap paper cup...kemudian warna hijau dan warna  
    seterusnya...isi separuh dan kukus selama 10 minit
8. Bila dah kembang dan masak...angkat dan hidang

Thursday, 19 April 2012

Sardin masak kicap dan masak lemak kuning labu....



Assalammualaikum...salam pagi jumaat penghulu segala hari...hari nie rasanya macam takde mood jer nak masak!!tak tau ler nape ...akhirnya buat sardin masak kicap jer...Saya beli brand  ’king cup’, brand kesukaan saya,kalau beli brand lain tak berapa nak sedap rasanya...Sardin masak kicap ni ‘feveret’  saya…jangan bagi saya gulai ke… apa ke… bagi saya benda ni pun dah cukup!!!!kena pulak dengan nasi panas2...perghhhh!!!hingga menjilat jari...



1 tin sardin 
2 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
6 biji cili padi ( hiris atau sebiji2 )
3 biji kentang (dipotong memanjang)
2 biji tomato (dipotong 4)
kicap manis ( kalau nak kuah lebih boleh taruh kicap lebih )
Garam dan perasa msg
minyak untuk menumis

Cara-caranya :

1. Goreng kentang hingga empuk...angkat dan ketepikan
2. Tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan kicap dan sos dalam tin sardin.
3. Masak sekejap...masukkan garam dan perasa msg...masak lagi
    hingga mendidih
4. Last masukkan sardin,kentang dan tomato...sesuaikan rasa 
    bolehlah diangkat 

kali ni masak lemak labu kuning biar nampak ceria sikit...mudah,cepat dan sedap...alahhhh pejam mata pun boleh buat...hehehehe!!!meh tengok resepi kat bawah nie...


Bahan-bahannya :

1 biji labu (di buang kulit/biji dan di bersihkan dalamannya)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sk serbuk kunyit
250 ml santan pekat (guna santan kotak je)
400 ml air
daun kunyit - di carik carik (sedap bau masakan nanti)
garam Dan perasa msg secukup rasa

Cara-caranya :

1. dalam periuk, satukan air, bawang besar dan masukkan serbuk
    kunyit...kacau sekejap 
2. Setelah air mendidih, masukkan labu kuning dan daun
    kunyit biarkan seketika sampai setenggah empuk
3. Masukkan santan pekat,garam dan perasa msg...tunggu hingga 
    labu betul2 empuk, angkat dan hidangkan....siappp!!!