nuffnang

Monday, 9 July 2012

Puding Roti.....



Bahan-bahannya :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gadenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis 1tsb

Cara-caranya :-

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburkan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya :-

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

                       SIAP!!!SELAMAT MENCUBA

 

Monday, 2 July 2012



Assalammualaikum semua...mulakan dengan senyuman kerana itu merupakan satu sedekah...dah berkurun lama rasanya x mengupdate blog nie hehehehe...nie menu semalam hari nie baru berkesempatan post entry...semalam main masak2 western food LINGUINI SEAFOOD BLACKPEPPER...sesekali makan western nie sedap, yealah asik makan nasi jemu jugak...


 
Bahan-bahannya:-

1 peket linguini- rebus dan toskan
150gm daging cincang
6 ekor sotong putih - potong kecil
15 ekor udang - ikut suka nk byk mana
3 batang sosej- hiris
1/2 cawan mixed veggie
1 biji capsicum - hiris
4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah -tumbuk
sehiris halia - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar lada hitam - tumbuk
kicap manis secukupnya
garam gula secukup nya
minyak utk menumis ( guna olive oil)

Cara-caranya :-

- Tumis bahan2 tumbuk
- Masukkan daging cincang..masak daging sampai empuk.
- Kemudian masukkan sotong dan udang...kacau rata
- Masukkan mixed veggie, sosej,capsicum dan segala sos2, kicap
- Akhir sekali masukkan linguini dan kacau sebati
- Masukkan garam,gula dan lada hitam...kacau
- Angkat dan hidangkan

                 SIAP!!!SELAMAT MENCUBA.......

Wednesday, 13 June 2012

Ikan patin masak lemak tempoyak...


Selamat pagi semua...hahhh subuh2 buta semerbak satu rumah dgn bau tempoyak nie...perghhh!!!aromanya yang x boleh tahan tu, rugilah sape yang x suka tempoyak nie...kalau saya suka pekat sedikit, ikut lah citarasa masing-masing ya....

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan patin sederhana besar
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
1 1/3 camca besar tempoyak
Garam dan bahan perasa secukupnya

500 ml santan kotak
20 biji cili padi - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar

Cara-caranya :

1. Ikan patin disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau
    nipis selama 20 minit
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga
    wangi
3. Masukkan santan, serai, asam keping, garam dan bahan perasa
    ...kacau hingga kuah mendidih 
4. Masukkan ikan patin dan daun kunyit...biarkan ia mendidih lagi
    diatas api yang kecil
5. Akhir sekali masukkan tempoyak...gaul rata dan biar dia masak
6. Angkat dan hidangkan

                            SELAMAT MENCUBA!!!


Monday, 11 June 2012

Ikan keli berlada & ayam goreng kunyit....

Assalammualaikum...kembali bersiaran semula setelah sekian lama rasanya x update blogkannn...pagi nie agak kelamkabut sikit maklum la sekolah dah bermula semula bermakna rutin harian pun berjalan seperti biasa...cuma pagi2 nie x de la dengar suara teriakkan tarzan,hmmm keadaan masih terkawal la katakan hahahaha...ok pagi nie masak lauk biasa2 jer ikan keli berlada(nie mmg lauk kesukaan si arish nie,kalau dah dpt lauk nie dah x pandang lauk len lagi) dan ayam goreng kunyit...



Bahan-bahannya :

5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugor/asam keping
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
10 biji cili merah - dikisar
10 biji ciliapi - dikisar
Garam,ajinomoto dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

1.  Bersihkan ikan keli gunakan limau nipis untuk hilangkan
     hanyir
2.  Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit...goreng hingga 
     garing angkat dan ketepikan
3.  Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing dan naik
     bau...kemudian masukkan garam, gula, ajinomoto dan asam
     keping
4.  Angkat dan tuang di atas ikan keli

                 
Bahan A :

1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
Minyak secukupnya utk mengoreng


Bahan B :

2 biji jagung muda (dihiris) - x letak
2 biji lada besar merah (dihiris) x letak
2 batang kacang panjang/ kacang buncis (dihiris)
2 inci lobak (dipotong)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bwg putih (dihiris)

5 biji cili padi (dihiris)
Minyak untuk menumis


Cara-caranya :

1. Gaulkan bahan A dan goreng hingga garing, angkat dan
    ketepikan
2. Panaskan semula minyak goreng ayam tadi...kemudian masukkan
    dan tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi sehingga naik
    bau
3. Masukkan semua jenis sayur-sayuran di dalam bahan B ke dalam
    kuali
4. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
5. Apabila sayur sudah masak, masukkan ayam yang telah digoreng
    tadi
6. Kacau hingga rata.
7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

             TARA!!!! SIAP...SELAMAT MENCUBA

Monday, 4 June 2012

MI KARI & TIRAMISU KEK....

Assalammualaikum...nie entry petang semalam...sebenarnya semalam ada org datang rumah...fikir punya fikir tak tau nak buat apa tetiba terfikir nk buat mi kari...lagipun dah lama gak tak makan tu yg tetiba buat...ok nak cuba resepinya disini...jom layan....


Bahan-bahannya :
  • mi kuning             
  • Ayam dipotong kecil
  • Kerang  
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 cawan rempah kari daging babas
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 500ml santan kotak
  • tauhu span dipotong 2
  • fish ball dan fish cake dipotong2
  • Sawi dan taugeh dicelur
  • bawang goreng dan cili potong
  • Garam dan ajinimoto secukupnya
  • minyak untuk menumis
           
Cara-caranya :
  1. Celurkan mi dalam air mendidih, tos dan asingkan.
  2. Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis...tumis bahan kisar dan cili kering kisar hingga wangi dan garing...masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
  4. Masukkan santan dan kacau sebati dalam api perlahan dan biarkan mendidih.                            
  5. Masukkan kerang, fish ball, fish cake, garam dan ajinomoto dan biar sekejap...akhir sekali masukkan tauhu span yang dipotong 2 tadi.
  6. Hidangkan dengan bawang goreng,cili potong, sawi dan taugeh. 



Hah!!! bila dah makan mi kari mesti la wajib ada dessert pulak...nak tau apa dia...taraaaaa!!!nie la dia tiramisu kek....

Bahan-bahannya :
  • 1 biji kek atau savoiardi ladyfingers
  • 250ml whipping cream (saya guna yogurt perisa blueberry)
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus             
  • serbuk koko dan coklat chip untuk hiasan
Cara-caranya :

1.   Satukan gula, cheese dan cream...pukul adunan sampai kembang
    dan gebu   
2. Potong kek pada 2 bahagian...susun 1 bahagian dalam  
    bekas...Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas
    kek...taburkan koko atas cream cheese tadi
3. Susunkan lagi bahagian yang selebihnya... Ulang sampai habis
    dan akhir sekali taburkan dengan coklat chip dan simpankan
    semalaman dalam fridge

                                                     SELAMAT MENCUBA!!!!

          

Thursday, 24 May 2012

Sambal udang berempah & tempe goreng...


Assalammualaikum...salam pagi jumaat yang indah nie...bangun jer tido fikir pagi nie nk masak pe??buka esbok tgk ada udang teringin lak nak makan sambal udang berempah...pe lagi!!!jom mulakan operasi...

Bahan-bahannya :

1 kilo udang besar
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu cili kisar
3 sudu besar rempah kari udang babas
1 sudu kecil jintan manis - dikisar
1 sudu kecil jintan putih - dikisar
1 sudu kecil ketumbar - dikisar
garam,gula dan ajinomoto secukupnya
Minyak untuk menumis
  1. Panaskan minyak di dlm kuali...tumis bahan kisar dan daun kari hingga wangi
  2. Masukkan rempah kari serta cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, garam,ajinomoto dan gula.
  4. Masak dengan api pelahan sehingga udang masak..
  5. Tutup api,angkat dan hidangkan

Selongkar lagi esbok tengok2 ada pulak tempe...potong2 tempe gaul dengan garam dan kunyit pastu goreng...siap!!!

                          SELAMAT MENCUBA!!


Wednesday, 23 May 2012

Ikan bawal sweet sour...

Hidangan hari nie " IKAN BAWAL SWEET SOUR "...tanak citer panjang2 sebab penat tangan nk menaip...boleh gitu!!!!hahaha...layannnn 



Bahan-Bahan :

1 ekor ikan bawal - dibersihkan dan dikelar
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar cili kisar
1 cm halia - dihiris
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili

2 biji cili merah - dibelah 2
Sedikit air
2 biji tomato (belah 4)
Garam,ajinomoto dan gula secukup rasa
minyak


 
Cara-caranya :
 
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit...panaskan minyak goreng ikan

    hingga garing
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Tumiskan cili kisar,bawang merah, bawang putih dan halia

    hingga naik bau
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan

    mendidih 
5. Masukkan juga  cili merah, tomato, garam, ajinomoto dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah

    digoreng tadi.
 
7. Hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

                             SELAMAT MENCUBA!!!