nuffnang

Monday 16 April 2012

Main masak-masak....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Dah malam baru dapat bersiaran dan update blog...huhuhuhu...maklum lah sejak jadi SRT (singkatan utk surirumah sepenuh masa) sibuk jer manjang...ntah apa yg sibuk sangat x tau lah...adeiii!!!!apasal lak line internet malam nie cam siput sedut jer...lembap sesangattt...apa pun x bole....

Dah ler malas nk cakap banyak!!!!hari nie masak org malas...monday blues la katakan hehehehehe...masak tomyam ayam dan daging goreng kunyit bersama kacang panjang...ok  jom kita layannn resepi kat bawh nie....


  • 10 ketul peha ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 10 biji cili padi (dititik)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 peket pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut 
  • Sedikit lengkuas
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa 
  • Sedikit minyak
Cara-cara

1. Didihkan air dalam periuk
2. Masukkan pes tomyam
3. Biarkan mendidih untuk seketika
4. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil tadi
5. Masukkan serai, bawang besar, bawang putih, daun limau 

    purut,lengkuas dan cili api
6. Biarkan sekejap dan akhir sekali masukkan garam dan perasa
    secukup rasa
7. Siap untuk dimakan sama ada dengan nasi putih atau dimakan 
    begitu sahaja tomyam tadi...kalau nak sedap lagi goreng la telur 
    dadar....uuii.....terliurrrr.....huhuhu
 

 Selamat mencuba okay......


  • Daging digaul rata dengan kunyit,garam dan serbuk perasa
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • Cili api dihiris (ikut suka banyak mana nak letak)
  • kacang panjang dihiris ( pun ikut suka banyak mana nk letak)
  • Sedikit minyak
Cara-cara

1. Hiris daging (ikut la korang nk nipis camner)
2. Gaul daging yang telah dihiris tadi bersama serbuk kunyit,garam 

    dan serbuk perasa...biarkan seketika
3. Panaskan kuali bersama minyak masak
4. Masukkan daging kunyit tadi..goreng hingga garing dan tutupkan 

    kuali dengan tudung periuk biar daging cepat masak dan empuk
5. Bila daging dah empuk dan kering masukkan hirisan bawang
    merah,bawang putih,cili api dan kacang panjang
6. Gaulkan sehingga hirisan tadi naik bau
7. Tutup api dan sedia dimakan bersama nasi
putih...senang jer 
    kan...layannnnn

2 comments:

  1. wah..dah ada blog ye, dear..terbaek...

    ReplyDelete
  2. hehehee...baru nk mula berblog...masih tenggah belajar lagi....

    ReplyDelete