nuffnang

Tuesday 17 April 2012

Kari ikan bawal....

Aduhhh panas terik cuaca kat luar nie...bahangnya terasa sungguh...bila cuaca panas nie migrain pun mulalah datang menyerang!!!nak tak nak terpaksalah telan jugak penadol antifast...org kata x bagus kalau kita selalu sangat telan penadol nie tapi nak buat macamana dah sakitkan terpaksalah....

Ok entry kali nie macam dah lama sangat tak buat kari ikan???tetiba hari nie tekak terasa pulak nak makan gengadakan kann kannn...mengidam galahkan orang mengandung pulak...hehehehe....kalau bab kari2 nie org kata tak boleh lawan kedai2 mamak kat luar sana...tapi bagi saya biasa saja...lagipun x tahan dengan kemasaman kari dorang nie...kebiasaan dorang nie akan gunakan tairu atau susu masam,jarang2 sekali dorang nie mengunakan santan dalam masakan dorang...ok la tak payah citer banyak kita layanresepi kat bawah nie...


  
bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bawal (dibersihkan)
  • kacang bendi (ikut suka banyak mana)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 kotak santan
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 sudu makan serbuk kari ikan babas (dibancuhkan dengan sedikit air)
  • garam dan sedikit bahan perasa
  • air asam jawa
Cara-cara :
  1. Bersihkan ikan dan potong ikut suka
  2. Panaskan minyak,tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari hingga wangi.Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.Guna api perlahan
  3. Masukkan air secukupnya.Kacau rata2 dan biarkan ia mendidih.Kalau terlalu kering,tambah air lagi.Rempah hendaklah betul2 masak dan berbau harum kalau nak hasil kari yang sedap
  4. Kemudian masukkan santan.Tambah air lagi untuk mendapat kuah yang cukup.Apabila kuah mendidih,masukkan ikan dan kacang bendi.Hujung bendi (tip) jangan dipotong nanti keluar lendirnya.Bahagian pangkalnya pun saya potong sedikit sahaja dan tidak kena pada badannya.Masukkan garam dan bahan perasa.Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa
  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih


P/s : Boleh diganti santan dengan susu segar/low fat/cair...ikut kesukaan masing2....

No comments:

Post a Comment