nuffnang

Monday 9 July 2012

Puding Roti.....



Bahan-bahannya :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gadenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis 1tsb

Cara-caranya :-

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburkan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya :-

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

                       SIAP!!!SELAMAT MENCUBA

 

Monday 2 July 2012



Assalammualaikum semua...mulakan dengan senyuman kerana itu merupakan satu sedekah...dah berkurun lama rasanya x mengupdate blog nie hehehehe...nie menu semalam hari nie baru berkesempatan post entry...semalam main masak2 western food LINGUINI SEAFOOD BLACKPEPPER...sesekali makan western nie sedap, yealah asik makan nasi jemu jugak...


 
Bahan-bahannya:-

1 peket linguini- rebus dan toskan
150gm daging cincang
6 ekor sotong putih - potong kecil
15 ekor udang - ikut suka nk byk mana
3 batang sosej- hiris
1/2 cawan mixed veggie
1 biji capsicum - hiris
4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah -tumbuk
sehiris halia - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar lada hitam - tumbuk
kicap manis secukupnya
garam gula secukup nya
minyak utk menumis ( guna olive oil)

Cara-caranya :-

- Tumis bahan2 tumbuk
- Masukkan daging cincang..masak daging sampai empuk.
- Kemudian masukkan sotong dan udang...kacau rata
- Masukkan mixed veggie, sosej,capsicum dan segala sos2, kicap
- Akhir sekali masukkan linguini dan kacau sebati
- Masukkan garam,gula dan lada hitam...kacau
- Angkat dan hidangkan

                 SIAP!!!SELAMAT MENCUBA.......