nuffnang

Thursday 24 May 2012

Sambal udang berempah & tempe goreng...


Assalammualaikum...salam pagi jumaat yang indah nie...bangun jer tido fikir pagi nie nk masak pe??buka esbok tgk ada udang teringin lak nak makan sambal udang berempah...pe lagi!!!jom mulakan operasi...

Bahan-bahannya :

1 kilo udang besar
1 tangkai daun kari
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu cili kisar
3 sudu besar rempah kari udang babas
1 sudu kecil jintan manis - dikisar
1 sudu kecil jintan putih - dikisar
1 sudu kecil ketumbar - dikisar
garam,gula dan ajinomoto secukupnya
Minyak untuk menumis
  1. Panaskan minyak di dlm kuali...tumis bahan kisar dan daun kari hingga wangi
  2. Masukkan rempah kari serta cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, garam,ajinomoto dan gula.
  4. Masak dengan api pelahan sehingga udang masak..
  5. Tutup api,angkat dan hidangkan

Selongkar lagi esbok tengok2 ada pulak tempe...potong2 tempe gaul dengan garam dan kunyit pastu goreng...siap!!!

                          SELAMAT MENCUBA!!


Wednesday 23 May 2012

Ikan bawal sweet sour...

Hidangan hari nie " IKAN BAWAL SWEET SOUR "...tanak citer panjang2 sebab penat tangan nk menaip...boleh gitu!!!!hahaha...layannnn 



Bahan-Bahan :

1 ekor ikan bawal - dibersihkan dan dikelar
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar cili kisar
1 cm halia - dihiris
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili

2 biji cili merah - dibelah 2
Sedikit air
2 biji tomato (belah 4)
Garam,ajinomoto dan gula secukup rasa
minyak


 
Cara-caranya :
 
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit...panaskan minyak goreng ikan

    hingga garing
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Tumiskan cili kisar,bawang merah, bawang putih dan halia

    hingga naik bau
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan

    mendidih 
5. Masukkan juga  cili merah, tomato, garam, ajinomoto dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah

    digoreng tadi.
 
7. Hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

                             SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday 22 May 2012

Ayam masak kicap...

Ok pagi nie nak share satu masakan simple,mudah,sedap dan budak2 pun suka iaitu ayam masak kicap...ayam masak kicap nie sebenarnya biasa2 aje dan yang paling penting ianya paling cepat  yang kita bole sediakan...jomm layannnn


Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam, potong cuci, bersih dan toskan
2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 biji tomato - dipotong 4
3 biji cili merah - dibelah 2
3 biji kentang, hiris sederhana tebal, rendam

1/3 cawan kicap manis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji cengkih

garam dan ajinomoto secukupnya

Cara-caranya :

  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing...kemudian kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis cili kisar,bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau...masukkan ayam dan gaul rata...masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang besar, cili belah, kentang,sedikit garam dan ajinomoto dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat...akhir sekali masukkan tomato biarkan sekejap
  4. Angkat dan hidangkan... 

                         SELAMAT MENCUBA!!!

Nasi beriani daging & kari daging...


Pepagi nie terlebih rajin lak pulak buat nasi beriani daging ngan kari daging...nie kesukaan Arish,kalau dia tau jer masak nasi beriani nie bertambah2 dia makan,berselera dia nampaknya...kebetulan minggu nie Arish ada exam dan hubby cuti seminggu...katanya nak temankan anak ulangkaji exam...ok meh tengok resepi kat sini....

Bahan-bahannya :

5 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan daging
500 grm daging lembu batang pinang
1 1/2 cawan susu cair
5 sudu besar minyak sapi
2 biji tomato
1 peket serbuk rempah briyani
2 helai daun pandan-disimpul

Bahan tumis :

5 biji bawang merah - saiz besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah pelaga
1 batang kayu manis-saiz sederhana
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih

Bahan bertanda * dikisar sampai halus . Jika air rebusan daging tak cukup 5 cawan boleh la ditambah dengan air biasa.

Cara-caranya :

Kupas semua bawang dan halia serta dikisar halus...basuh beras, tos dan ketepikan dulu...kemudian semua tomato dipotong kecil-kecil.

Potong daging menjadi ketulan dan rebus...biarkan daging direbus hingga empuk...bila dah empuk toskan daging dan simpan air rebusan daging untuk kegunaan kemudian.
Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan2...panaskan minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi kemudian masukkan buah tomato dan kacau sehingga buah tomato layu...masukkan pula rempah briyani yang dicampur sedikit air dan kacau semua bahan kemudian biarkan rempah masak sehingga pecah minyak .

Masukkan semua daging dalam rempah briyani yang sudah masak tadi serta kacau sebentar...masukkan semua air rebusan daging (jika air rebusan daging ni tak cukup 5 cawan boleh la ditambah dengan air biasa)

Masukkan susu cair serta biarkan sampai hampir mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, daun pandan, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan2...terus angkat periuk nasi ini dan masukkan kedalam badan periuk nasi eletrik untuk proses masak seterusnya, macam kita masak nasi biasa guna periuk nasi eletrik serta kacau semua bahan-bahan bagi cukup mesra.
Bila nasi dah masak boleh la digaul perlahan-lahan nasi bagi sekata dan jangan ditutup suis periuk...biarkan dalam 15 minit supaya nasi terus masak...kacau lagi nasi briyani ni bagi rata dan boleh la ditutup suis periuk nasi ini .


Bahan-bahannya :

500gm daging ~ dipotong
2 sudu besar cili kering kisar

1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1inci halia -dikisar

1 cawan rempah kari Babas
2 biji ubi kentang ~ dipotong
500ml santan kotak
3 cawan air
1 asam keping
garam dan ajinomoto secukupnya
1 btg kayu manis

2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Cara-caranya :


1. Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin,kayu manis,bunga
    lawang dan buah pelaga hingga garing
2. Masukkan bahan2 kisar kacau hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun
    kari...tumis hingga pecah minyak
4. Kemudian masukkan daging dan masak lebih kurang 10 minit.
5. Masukkan ubi kentang dan air kacau biar rata
6. Masak hingga daging hampir empuk kemudian masukkan santan
    dan masak hingga kuah mendidih
7. Bila kuah mendidih, masukkan garam,ajinomoto dan asam
    keping
8. Masak hingga kuah pekat
9. Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.

Monday 21 May 2012

Cekodok,sambal tumis ikan bilis dan keropok lekor...


Assalammualaikum...nie entry petang ahad tak sempat nak post dlm blog,masa nie kerja kat opis tak banyak sangat dan ada kelapangan waktu sikit apalagi cepat2 la update blog bukan curi tulang yea cuma kerja opis tu tak berapa nak banyak hari nie hehehehe...kalau nk ikutkan tak payah buat entry pun tape setakat cekodok kosong budak2 pun pandai buat yea tak? pastu cicah lak dengan sambal tumis ikan bilis,ada plak keropok lekor yg dibeli di pasar chowkit...hmmm berselera budak2 nie makan walaupun menu makan malam hanya nie saja...


Bahan-bahannya :

1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
Air suam secukupnya
Sos kegemaran untuk mencicah

Cara-caranya :

  1. Masukkan tepung gandum,bawang,telur dan baking powder, gaul rata dan tuang air, kacau hingga rata.
  2. Tambah garam secukup rasa, kacau lagi. Panaskan minyak dan sudukan 1 camca besar dalam minyak panas. Buat 8 - 10 biji sekali goreng...goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian.
  3. Angkat dan toskan, buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda samada untuk sarapan atau minum petang.

Bahan-bahannya :
1  mangkuk kecil ikan bilis - dibersihkan dan digoreng garing
1 inci kunyit hidup - dikisar
10-15 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - potong bulat
2 sdb air asam jawa
sedikit belacan - dikisar bersama cili kering
garam,ajinomoto dan gula secukupnya 
minyak untuk menumis

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan berbau
    harum
2. Bila cili dah garing masukkan asam jawa dan masak lagi hingga
    kering.
3. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi serta bawang besar yang
    dipotong bulat dan kacau.
4. Masukkan garam,ajinomoto dan gula...masak lagi hingga betul
    betul kering.
5. Angkat dan hidangkan


hahh!! keropok lekor nie beli saja kat pasar chowkit balik nanti dah boleh goreng senang jer kan....

  

Friday 18 May 2012

Personaliti mengikut warna...


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.


Merahkekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.


Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Biru - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.



Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.


KuningMelambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.



Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.


Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.


Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.



Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Thursday 10 May 2012

Diet mengikut jenis darah...

Ada terbaca satu artikel nie...korang2 yang kat luar tu kalau nak kurus...meh!!!ikut cara nie...

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.

Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

Tuesday 8 May 2012

Ekzema dan anak anda...


Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang,gatal,kering,mengelupas,kemerahan dan bersisik.Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif  pada bahagian kulit iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. 

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema,
asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan
alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu
tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat
pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti
diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai
alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.

• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang
bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.

• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.


Mengenali kanak-kanak disleksia...

Apa itu Disleksia?


Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:

* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun
   matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-

   mata-tangan.

Ciri-ciri penghidap Disleksia

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-
    kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu

    perkataan.4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu
    contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan
    sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut
    perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak

    yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu
    yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami
    kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca.
Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v


Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu – tuba
Gula – lagu


Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:

Jam – jem
cat – cat


Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Bercakap dan mendengar

Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8

9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai
  membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan

  kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan,

  belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia

Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.

1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau
    psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia

    mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa
    bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya

    kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi
    mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum

    memasuki tadika.7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin
    dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam

    bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya
     bagus, pandai.  

Monday 7 May 2012

Menangani anak hiperaktif....

Memahami sifat hiperaktif anak penting bagi membantu ibu bapa mengendalikannya dengan baik. Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima.

Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tidak seharusnya kecewa atau menyesali tentangnya, sebaliknya bersyukur dan menganggapnya suatu anugerah dan ujian daripada Allah s.w.t..

Anak hiperaktif sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka.

Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan-rakan seusianya, mereka bersifat berani. Inilah yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya samada merbahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa.

Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka untuk melayani kerenah yang kadang-kadang diluar jangkaan dan memalukan. Perkataan yang diungkapkan oleh anak hiperaktif ditambah dengan sifat umum kanak-kanak yang suka berterus terang boleh memalukan rakan-rakan kita di dalam sesetengah keadaan. Walaupun jika difikirkan, memang apa yang diperkatakan mereka ada kebenarannya tetapi kebiasaannya tidak berlapik. Contohnya dengan kata-kata ‘eh.. orang tu tak tutup aurat!’ di hadapan seorang wanita muslim, telah menjadikan kita berasa segan walaupun ianya benar.

Kanak-kanak hiperaktif suka berkawan. Mereka cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka. Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merancang pelbagai aktiviti menarik dan selamat untuk mereka.

10 tips menangani anak hiperaktif:

1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.

2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)

4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (….kena banyak sabaaar…).

5. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit “Jangan lari!!!”, cuba tukarkan kepada perkataan “Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh”. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi… tak pe, jangan jemu memberi teguran!!

6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti “kenapa la kamu ni nakal sangat”, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka. (cepat-cepat ambil wuduk kalau naik marah..)

7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.

8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).

9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ‘give up’ walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka

10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.


Sunday 6 May 2012

Kari telur & masak lemak ciliapi kulit...

Assalammualaikum...bersiaran dipetang ahad...dah seminggu tak update blogkan...maklum la semenjak dah bekerja semula nie lagi sibuk manjang nampak gayanya...dah petang2 baru la dapat rehat dan update blog sikit2...hari nie masak kari telur rebus...bukan setakat berbulam malah bertahun rasanya tak buat kari telur nie...sebenarnya ternampak kari telur nie kat satu majalah tu yg tetiba rasa nak buat...meh kita tengok resepinya...


Bahan-bahannya:
  • 10 biji telur - direbus
  • 2 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 5 s/b rempah kari daging (guna kari babas yg pedas)
  • 3 biji cili merah - dibelah 2
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam, ajinomoto dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARANYA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih bersama bahan kisar dan daun kari hingga garing, masukkan rempah kari kacau hingga pecah minyak
  • Kalau kari terlalu pekat masukkan sedikit air, kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
  • Masukkan telur, garam, ajinomoto dan gula secukup rasa, kacau perlahan dan akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebati dan bila dah masak bolehlah ditutup apinya.

hahhh!!! yang nie pula masak lemak ciliapi kulit...kalau ikut tekak saya lebih sedap lagi kalau kita buat sup campur ekor...tapi itulah citarasa masing2kan ikut la mana suka...tekak lain2...kalau nk cuba resepi kat bawah nie

Bahan-bahannya :

500 gram kulit lembu, rebus hingga lembut dan hiris
3 batang serai
*
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
20 biji cili padi *
3/4 inci kunyit hidup*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 keping asam gelugor
Garam dan ajinomoto secukup rasa
500ml santan kotak
Air secukupnya

Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik bau
  2. Masukkan kulit dan kacau...kemudian masukkan santan serta air secukupnya. Didihkan hingga kulit lembut (biasanya ia akan kenyal2). Masukkan asam gelugor dan kacau...biar mendidih perlahan.
  3. Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa...dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...